Cai Lin
SELEPAS melayakkan diri pada
Sukan Olimpik Ogos ini, perenang muda negara, Khoo Cai Lin kini menanam hajat
untuk mencatat masa terpantas peribadi pada temasya berprestij itu.
Pada temasya di Beijing, China
Ogos ini, perenang berusia 19 tahun itu akan beraksi dalam acara kegemarannya
iaitu 400 dan 800 meter gaya bebas.
“Sebelum ini, saya sudah
berusaha sedaya-upaya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan saya berjaya
berbuat demikian.
“Matlamat saya untuk kali ini
pula ialah berusaha bersungguh-sungguh bagi mencatat masa terpantas peribadi
untuk kedua-dua acara tersebut,” katanya baru-baru ini.
Terdahulu, Cai Lin telah
mempamerkan prestasi yang menakjubkan pada Sukan SEA XXIV apabila memenangi dua
pingat emas dalam kedua-dua acara kegemarannya itu.
Cai Lin memperbaharui rekod
Sukan SEA dalam acara 400m gaya bebas wanita dengan catatan 4 minit 18.20 saat
untuk mengatasi rekod perenang Thailand, P. Tachakittiranan (4:19.13 saat) di
Brunei pada edisi 1999.
Dalam acara 800m gaya bebas
wanita, dia mencatatkan masa 8:47.80s bagi mengatasi rekod perenang Thailand,
Intanporn-Udom R (8:56.88s) pada temasya 1997 di Jakarta.
Lebih membanggakan, Cai Lin
turut berjaya mencipta rekod baru kebangsaan dalam 800m gaya bebas, sekali gus
memadamkan catatan yang dilakukan Nurul Huda Abdullah pada tahun 1988.
Dalam pada itu, Cai Lin
berkata, dia berhasrat melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat, namun
terpaksa membatalkan impiannya buat seketika.
“Buat masa ini, saya terpaksa
tangguh dulu untuk belajar di sana (Amerika Syarikat) dan tumpukan pada latihan
sebagai persiapan Sukan Olimpik di Beijing nanti,” ujarnya.
KOSMO ONLINE 6.1.2008
No comments:
Post a Comment