PEMAIN Harimau Muda, Abdul Shukur (kanan)
diberi saingan oleh pemain import Proton FC, Talabi Olademeji Mathew pada aksi
Liga Perdana di Stadium MPPJ semalam.
SKUAD Harimau Muda mula mempamerkan
kegarangan dalam kempen Liga Perdana apabila menundukkan Proton FC 3-1 pada
aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam.
Skuad bawah 19 tahun kebangsaan
pimpinan K. Rajagobal itu bagaimanapun terpaksa menunggu hingga minit ke-44 untuk
membuka jaringan menerusi gerakan solo A. Thamil.
Selang seminit bersambung pada
babak kedua, Thamil sekali lagi menewaskan Kamarulzaman untuk membolehkan
Harimau Muda mendahului 2-0.
Proton FC bangkit seketika
untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-66 menerusi penyerang importnya,
Aguama Stanley Ogochukwu, sebelum Ahmad Fakri Saarani memastikan kemenangan 3-1
Harimau Muda pada minit ke-86.
Di Stadium Majlis Perbandaran
Selayang, jaringan seawal minit pertama oleh pemain import, Terico Nunes
Marcado sudah cukup untuk KL Plus menundukkan PKNS 1-0.
Di Stadium Sultan Muhammad IV,
Kota Bahru, Kelantan berjaya menundukkan Melaka 3-1 dalam satu lagi perlawanan
Liga Perdana.
Di Stadium Darul Aman Alor
Star, Kuala Muda Naza yang beraksi di gelanggang sendiri menggunakan segala
kelebihan untuk menewaskan Felda United FC 2-1.
Felda United FC yang bermula
garang terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Azwadi Embong dilayangkan kad
merah pada minit ke-36 selepas mengasari pemain pasukan Kula Muda Naza Ismel C.
Swen.
Di Stadium Bolasepak Kuala
Lumpur, Cheras, pasukan tuan rumah Kuala Lumpur berjaya menghalang Sabah
daripada meraih tiga mata penuh apabila perlawanan berkesudahan dengan seri
1-1.
Di Stadium Larkin, Johor
menewaskan Shahzan Muda 3-1 untuk menduduki tangga teratas Liga serta
mengekalkan rekod tanpa kalah setelah tiga perlawanan.
KOSMO ONLINE 1.1.2008
No comments:
Post a Comment