KUALA LUMPUR - Langkah ratu
skuasy negara, Datuk Nicol David tidak mampu disekat apabila dia merangkul
kejuaraan jelajah Persatuan Skuasy Wanita (WSA) ketujuh berturut-turut dengan
muncul juara Cleveland Classic di Ohio, Amerika Syarikat semalam.
Pemain No. 1 dunia itu nyata
bukan tandingan buat juara Asia, Annie Au dari Hong Kong apabila menang 13-11,
11-5, 11-6 dalam perlawanan akhir.
Nicol, 30, tidak pernah gagal
menamatkan kejohanan selaku juara sejak melangkah ke perlawanan akhir Terbuka
Malaysia, September tahun lalu.
Malah, ini adalah kejuaraan
keduanya tahun ini selepas muncul juara Kejohanan Juara-Juara di New York,
bulan lalu.
Kemenangan semalam juga
membolehkan pemain kelahiran Pulau Pinang itu mengumpul 73 gelaran keseluruhan
dalam jelajah WSA sepanjang kariernya.
"Ia sesuatu yang hebat
berjaya memenangi gelaran ini.. sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika
ini.
"Saya berkerja keras
ketika sesi latihan dan kerja keras saya itu telah memberikan hasil apabila
berada di atas gelanggang pertandingan," kata Nicol kepada
www.squashsite.co.uk.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140206/su_08/Nicol-tiada-tandingan-juarai-Clevelend-Classic#ixzz2sXDfHMPf
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment