ARKIB : 28/11/2005
ATLET negara, Roslinda Samsu
melepasi ketinggalan 4.10 meter untuk memenangi pingat emas dan mencipta rekod
baru acara lompat bergalah Sukan SEA ke-23 di Manila, semalam.
MANILA - Pasukan bola sepak
negara tewas 1-2 kepada Thailand ketika Malaysia memulakan kempen Sukan SEA
ke-23 dengan prestasi membanggakan apabila merangkul lima pingat emas, dua
perak dan dua gangsa.
Acara terjun dan karate
masing-masing menyumbang dua pingat emas sementara olahraga dengan satu pingat
emas.
Yeoh Ken Nee memulakan emas pertama
Malaysia pada sebelah pagi menerusi sukan terjun apabila memenangi emas dalam
acara 1m papan anjal individu lelaki di Kolej Trace di Los Banos, Laguna.
Kecemerlangan Ken Nee disusuli
dengan aksi cemerlang Roslinda Samsu yang meraih pingat emas menerusi acara
lompat bergalah wanita di Kompleks Sukan Memorial Rizal.
Leong Mun Yee dan Cheong Jun
Hoong pula mampamerkan aksi mantap untuk memenangi acara terjun 10m platform
seirama.
Malaysia yang memenangi pingat
pertamanya menerusi acara polo air yang memenangi pingat gangsa sebelum temasya
ini dibuka dengan rasminya semalam meneruskan penguasaan.
Ku Jin Keat dan Lim Lee Lee
masing-masing memenangi acara kata individu lelaki dan wanita.
Malaysia turut memenangi dua
pingat perak menerusi acara kumite berpasukan lelaki dan wanita manakala Ngew
Sin Mei menyumbangkan pingat gangsa olahraga dalam acara lompat jauh wanita.
Malaysia yang memenangi 43
pingat emas pada Sukan SEA 2003 di Vietnam berharap untuk memenangi 55 pingat
emas pada temasya kali ini.
Ketua kontinjen negara, Low
Beng Choo merasakan Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai
sasaran itu.
``Memenangi lima emas pada hari
pertama adalah satu permulaan yang baik,'' katanya Beng Choo.
Sementara itu, temasya edisi
ke-23 ini dibuka dengan rasminya oleh Presiden Filipina, Gloria Macapagal
Arroyo dalam suasana penuh gemilang dan berwarna-warni di Quirino Grandstand,
Luneta Park, semalam.
Ini kali kali ketiga Filipina
menjadi tuan rumah temasya serantau ini.
Antara orang kenamaan negara
yang turut hadir dalam upacara pembukaan rasmi itu termasuklah Menteri Belia
dan Sukan Malaysia, Datuk Azalina Othman Said dan Presien Majlis Olimpik
Malaysia Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar.
Pada perbarisan sempena acara
tersebut, kontinjen Malaysia di ketuai tiga pembawa Jalur Gemilang, S.
Sivachandran (golf), Ho Ro Bin (wusyu) dan Nabihah Ali (gimnastik artistik)
sambil berpakaian jersi `Harimau Malaya'.
Sukan SEA kali ini menawarkan
441 pingat emas dalam 41 acara
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4jNMqylow
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment