Saturday, 30 November 2013

BOLASEPAK SERTAI OLIMPIK MUNICH 1972:

BOLASEPAK SERTAI OLIMPIK MUNICH 1972:

Pencapaian paling gemilang dan cemerlang yang pernah diraih oleh pasukan bolasepak Malaysia ialah bermain dalam Sukan Olimpik di Munich, Jerman Barat pada tahun 1972.
Kejayaan yang mencatatkan rekod dalam sejarah bolasepak itu merupakan pencapaian paling tinggi pernah diperolehi oleh pemain-pemain bolasepak Malaysia dan buat pertama kali negara beraksi di kejohanan yang terbesar bertaraf dunia.


       Segalanya menjadi kenyataan apabila pasukan Malaysia berjaya menjuarai kumpulan Asia Timur setelah memenangi keempat-empat perlawanan iaitu mengalahkan Jepun 3-0, Korea Selatan 1-0, Taiwan 2-0 dan perlawanan terakhir mengalahkan Filipina 5-0.Pasukan negara pada masa itu dilatih oleh jurulatih Scotland, Dave Mc Laren dan pengurus pasukan, Datuk Harun Idris.

SELANGOR, 27 KALI JUARA PIALA MALAYSIA:


       Pasukan Bolasepak Selangor Darul Ehsan mencatatkan rekod sebagai pasukan yang paling banyak menjuarai piala Malaya (Malaysia) semenjak dipertandingkan pada tahun 1921 hingga 1995, Selangor telah menjadi juara sebanyak 27 kari dan 15 kali menjadi Naib Johan.Tahun 1960 sehingga 1980 merupakan zaman kegemilangan kepada pasukan Selangor apabila mereka menjadi juara sebanyak 14 kali dan juara tiga tahun berturut-turut pada tahun 1961, 1962 dan 1963.

       Pada masa yang sama iaitu tahun 1971, l972 dan 1973, mereka mengulangi kejayaan menjadi juara tiga tahun berturut-turut.Bagaimanapun, pada kempen piala Malaysia tahun 1987 , Selangor Darul Ehsan juga mencatatkan sejarah buat pertama kalinya gagal untuk mara ke
pusingan separuh akhir.
RUJUKAN: Ghulam Jie M Khan, Buku Rekod Malaysia, Edisi Khas, Ainna’s Publication, Tampin, 1997, hlm.521


Skuad B20 naib juara AFF

KUALA LUMPUR – Jaringan tunggal Vietnam dalam babak pertama menghancurkan harapan Malaysia untuk bergelar juara Kejohanan Belia Bawah 20 Tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Ho Chi Minh, semalam.
Hanya nasib dan sokongan padu penonton tuan rumah menafikan hajat skuad bimbingan K. Rajagopal yang keluar selaku naib juara biarpun menguasai perlawanan di Kompleks Sukan Thanh Long itu.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Redzuan Sheikh Ahmad ketika bercakap kepada Utusan Malaysia berkata, skuad negara mempamerkan persembahan bertenaga menerusi banyak percubaan berbahaya ke gawang lawan.
‘‘Sekalipun kalah, kemaraan ke perlawanan akhir dengan mengejutkan Thailand pada separuh akhir sudah dikira satu pencapaian membanggakan,” katanya.
Malaysia mengejutkan Thailand 2-1, Selasa lalu sebelum melepasi Kumpulan A sebagai naib juara dengan tewas kepada Myanmar 1-2 tetapi menundukkan Singapura 3-0 dan membelasah Laos 7-3.


RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2mBFYeDrk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'Panggillah saya beraksi'

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN  -dayne.ghazali@utusan.com.my

(dari kiri) Pertahanan Terbaik, Baihakki Khaizan; Penyerang Terbaik, Mohd. Norfarhan Muhammad; Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Paling Bernilai, Mohd. Badhri Radzi; Penjaga Gol Terbaik, Khairul Fahmi Che Mat dan Pemain Harapan, Junior Eldstal bersama trofi masing-masing pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 di Kuala Lumpur, semalam.
SHAH ALAM - Bintang tengah Kelantan, Mohd. Badhri Radzi tidak menyembunyikan impian untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan sejurus selepas dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai 2013 pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus- Astro Arena-FAM, semalam.
Malah seperti diduga, ketua pasukan The Red Warriors itu turut diumumkan sebagai Pemain Tengah Terbaik.
Badhri, yang lebih dikenali dengan jolokan Piya mengetepikan dominasi penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha yang mengungguli anugerah Pemain Paling Bernilai sejak tiga tahun lalu.
Pemain berusia 31 tahun itu berkata, dia amat berharap, kemenangannya mampu membuka mata banyak pihak dan melayakkannya kembali menganggotai skuad Harimau Malaya.
Piya sebelum ini sering disisihkan daripada skuad kebangsaan, biarpun diakui sebagai antara pemain tengah terbaik dalam Liga Malaysia.
“Itu saya tidak boleh cakap apa-apa (mengapa tidak dipanggil sebelum ini). Mungkin saya tiada rezeki untuk diserap walaupun sudah memberikan yang terbaik bersama Kelantan.
‘‘Sebagai pemain, sudah tentu saya begitu teringin untuk menyarung jersi kebangsaan dan harap saya akan dipanggil pada masa akan datang, " katanya.
Piya mengetepikan cabaran kuat daripada Amirulhadi Zainal, Christie Jayaseelan, Joseph Kallang Tie, R. Gopinathan dan Nurul Azwan Roya untuk membawa pulang anugerah Pemain Tengah Terbaik.
Pemilihan Piya bukan sesuatu yang mengejutkan kerana dia mempamer aksi konsisten sepanjang musim, termasuk pada saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Kejayaan pemain lincah itu kemudian turut disusuli dengan kemenangan dua rakan sepasukannya, Khairul Fahmi Che Mat yang dijulang sebagai Penjaga Gol Terbaik buat kali keempat berturut-turut, selain Mohd. Norfarhan Muhammad yang muncul Penyerang Terbaik.
Kelantan turut menambah koleksi kemenangan selepas peminat mereka dipilih sebagai Kelab Penyokong Terbaik.
Pemain LionsXII, Baihakki Khaizan pula dinobat sebagai Pertahanan Terbaik, diikuti Junior Eldstal sebagai Pemain Harapan.
Kejayaan Dollah Salleh membawa Pahang muncul juara Piala Malaysia selepas 21 tahun mengangkatnya sebagai Jurulatih Terbaik.
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pula dipilih sebagai Persatuan Bola Sepak Negeri Terbaik dan PDRM mendapat anugerah Fair Play, manakala Sime Darby mempertahankan gelaran Kelab Bola Sepak Terbaik.
Anugerah Pengadil Terbaik yang diperkenalkan buat kali pertama pada tahun ini menjadi milik Nago Amir Nor Mohamed dan Mohd. Sabri Mat Daud dipilih Pembantu Pengadil Terbaik.
Piya yang sedikit terkejut dengan kemenangan itu berkata, dia tidak mungkin akan menerima trofi tanpa bantuan rakan-rakan sepasukan dan penyokong Kelantan yang sentiasa berada di belakangnya.
‘‘Dalam karier saya sebagai pemain, ini adalah kejayaan paling manis.
“Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya saya menerima gelaran ini.
‘‘Rasa macam masih tidak percaya, namun saya anggap ini adalah hadiah terbaik kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi.
“Kemenangan ini juga pasti akan memberi motivasi tambahan kepada saya untuk menghadapi musim depan, " kata Piya.
Sementara itu, Khairul Fahmi tidak menganggap kejayaannya memegang trofi Penjaga Gol Terbaik semenjak tahun 2010 sebagai satu petanda yang membuktikan dia tidak mempunyai pesaing setanding dalam saingan Liga Malaysia.
‘‘Bagi saya semua penjaga gol di Malaysia adalah yang terbaik dan saya tidak fikir sampai begitu sekali (tiada pesaing setanding) cuma rezeki mungkin lebih memihak kepada saya.
‘‘Diharapkan anugerah ini memberikan saya semangat untuk bekerja keras pada musim baharu nanti dan cuba mengekalkan lagi gelaran ini jika boleh, " katanya.
Penyerang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James muncul Pemain Import Terbaik 2014.
RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131201/su_01/Panggillah-saya-beraksi#ixzz2mAlnXy00 © Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 26 November 2013

Jangan Bandingkan Mereka

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

FADHLI Shas percaya, skuad Harimau Malaya telah memberi aksi terbaik pada kelayakan Piala Asia tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.
KUALA LUMPUR - Sedih dan terkejut, namun sebagai pemain bola sepak profesional, dua permata muda yang semakin meningkat naik dalam pasukan Harimau Malaya, K. Reuben dan Mohd. Fadhli Shas akur dengan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tidak menyambung kontrak Datuk K. Rajagobal sebagai ketua jurulatih selepas berakhir 31 Disember ini.

Namun, untuk membandingkan antara Rajagobal dengan Datuk Ong Kim Swee yang diberi peranan sebagai pemangku ketua jurulatih Harimau Malaya, Reuben yang beraksi di posisi bek kanan melihat perkara itu masih terlalu awal sambil mengakui mereka berdua ada perbezaan tersendiri.

Tambah pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini lagi, Rajagobal telah melakukan yang termampu sebagai jurulatih ketika bersama Harimau Malaya cuma nasib tidak bersama mereka terutama pada kelayakan Piala Asia 2015.

‘‘Bagi saya setiap jurulatih ada kekuatan masing-masing dan sebagai pemain, saya sedia menerima sesiapa sahaja serta akur dengan keputusan FAM lakukan.

‘‘Memang ada perbezaan antara mereka berdua, Kim Swee yang saya kenali adalah seorang jurulatih begitu taktikal, sementara Rajagobal mempunyai kekuatan dari segi psikologi ke atas pemain.

‘‘Selepas ini suasana di latihan pasukan kebangsaan pasti sedikit berlainan bagi sebahagian besar pemain dengan kehadiran Kim Swee sebagai jurulatih, namun bagi saya, bukan satu masalah kerana sudah bersamanya dalam pasukan bawah 23 tahun, " katanya ketika ditemui selepas latihan skuad Sukan SEA di Wisma FAM, semalam.

Reuben bagaimanapun berkata, dia amat menghargai segala tunjuk ajar Rajagobal yang sentiasa menyenaraikan namanya dalam skuad kebangsaan.

‘‘Terima kasih dengan peluang dan kepercayaan yang diberikan, biarpun ramai tidak yakin di atas kemampuan saya untuk berada dalam skuad kebangsaan.

‘‘Namun, banyak pengalaman yang telah saya dapat ketika dibimbing Rajagobal, walaupun ada kalanya ada melakukan kesilapan semasa perlawanan tetapi saya belajar daripada kesilapan untuk menjadi pemain yang matang, " katanya.

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal kelmarin mengumumkan keputusan yang sudah dijangka apabila tidak melanjutkan kontrak Rajagobal selepas peluang untuk beraksi di Piala Asia 2015 semakin malap apabila sekadar memungut empat mata daripada lima perlawanan peringkat kumpulan.

Sepanjang 2013, Malaysia hanya menang satu daripada 20 perlawanan iaitu semasa menewaskan Yemen 2-1 pada perlawanan kedua kelayakan Piala Asia 2015.

Sementara itu, Fadhli Shas yang pernah bersama Rajagobal semenjak memenangi Piala Suzuki AFF 2010 tidak mahu menjadikan ketiadaan jurulatih itu sebagai isu besar kerana sebagai pemain, dia sedia bekerja dengan sesiapa sahaja.

‘‘Sebagai pemain, tugas kami adalah mengikut apa yang direncanakan jurulatih dan bagi saya tiada perbezaan ketara kerana sebelum ini saya bekerja dengan Kim Swee.

‘‘Cuma saya akui memang ada banyak memori pahit dan manis bersama Rajagobal sepanjang bersama skuad kebangsaan, dia memang seorang jurulatih yang banyak membantu.

‘‘Walaupun saya tidak beraksi dalam dua perlawanan terakhir (kelayakan Piala Asia), pemain saya lihat telah memberikan yang terbaik untuk mencatat kemenangan cuma nasib tidak begitu menyebelahi kami, " katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131126/su_01/Jangan-bandingkan-mereka#ixzz2liHsItCN © Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, 20 November 2013

BIOGRAFI ZAINAL ABDIN HASSAN TOKOH BOLASEPAK TERBILANG NEGARA.

Pertahanan yang Kental, Penyerang yang Tajam
Zainal Abidin Hassan merupakan salah seorang pemain bola sepakMalaysia yang terbilang, yang
dikenali luas di rantau ini. Bermula sebagai pemain pertahanan yang kental mengekang serangan pasukan lawan, Zainal beralih angin kepada pemain penyerang sewaktu mewakili pasukan Pahang dalam Piala Malaysia. Yang mengejutkan, ia lebih cemerlang dan lebih dikenali sebagai pemain yang hebat dalam posisi itu. Selepas menamatkan kerjayanya sebagai pemain, Zainal menjadi jurulatih dan pengurus pasukan.

LATAR BELAKANG ZAINAL ABIDIN HASSAN

       Zainal Abidin Hassan dilahirkan pada 9 November 1962 di Selangor. Bapanya berketurunan Kenya dari Afrika, dan adik-beradik Zainal sememangnya meminati bola sepak dan bermain dengan aktif sama ada untuk pasukan kelab, negeri Selangor atau kebangsaan. Zainal meminati sukan sejak kecil lagi. Bermula dari darjah tiga, ia telah menceburi sukan lumba lari, sepak takraw, dan bola sepak. Pada waktu ini tumpuannya bukanlah sepenuhnya terhadap sukan bola sepak, sebaliknya bermain untuk semua permainan sukan. Ia menjadikan kedua-dua abangnya, Hanafiah dan Khalid sebagai idola. Pembabitan awal Zainaldalam sukan bola sepak tidak seindah yang dikecapi pemain lain kini. Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa dihadapinya, terutama daripada ibu dan kakak-kakaknya.[1]

       Pada masa itu ibunya melihat dunia bola sepak sebagai tidak mempunyai masa depan yang cerah. Tambahan pula ketika itu bapanya telah meninggal dunia. Jadi tanggungjawab membesarkan anak-anak terpaksa dipikul oleh ibunya seorang. Sebagai anak kesebelas daripada dua belas adik-beradik, kakak-kakak Zainal amat prihatin terhadap kecemerlangan akademiknya.

       Semasa bersekolah di Sekolah Rendah Janis Kebangsaan Inggeris Ialan Padang Tembak (1) Kuala Lumpur, ibu dan kakak-kakak tidak begitu menggalakkannya aktif bersukan. Mungkin saya masih bersekolah dan tumpuan terhadap pelajaran lebih diutamakan. Tetapi saya agak degil ketika itu, sedikit pun tidak rnenghiraukan amaran atau larangan mereka. “Saya sanggup curi-curi keluar dari rumah, semata-mata.ingin bermain bola sepak dengan kawan-kawan di kampung berhampiran," kata Zainal.

       Abangnya, Hanafiah Ali dan Khalid AIi pernah mewakili Selangor dalam Piala Malaysia dan beberapa kali mewakili pasukan kebangsaan dalam pertandingan Piala Merdeka. Namun pencapaian mereka tidaklah segemilang Zainal yang pada zamannya dapat dikatakan merupakan bakat terbaik negara yang dapat diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

       Semasa berada dalam darjah enam ia terpilih mewakili rumah sukan untuk acara olahraga (100 meter dan 200 meter) dan bermain bola sepak. Kejayaan yang paling membanggakannya ialah apabila terpilih mewakili Selangor untuk Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) kategori bawah 12 tahun. Dalam kejohanan itu pasukannya beriaya mendapat
tempat ketiga. Semasa belajar di Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur ia sekali lagi mewakili negara untuk acara sepak takraw dan bola sepak untuk pasukan bawah 15 tahun. Malah



[1] Mohd Sofi Munajir, Zainal Abidin Hassan, Pertahanan Kental, Penyerang Yang Tajam dlm. 20 Tokoh Sukan, Medium Publication, Bandar Baru Bangi, 2009, hlm.131.