Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
FADHLI Shas percaya, skuad
Harimau Malaya telah memberi aksi terbaik pada kelayakan Piala Asia tetapi
nasib tidak menyebelahi mereka.
KUALA LUMPUR - Sedih dan
terkejut, namun sebagai pemain bola sepak profesional, dua permata muda yang
semakin meningkat naik dalam pasukan Harimau Malaya, K. Reuben dan Mohd. Fadhli
Shas akur dengan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tidak
menyambung kontrak Datuk K. Rajagobal sebagai ketua jurulatih selepas berakhir
31 Disember ini.
Namun, untuk membandingkan
antara Rajagobal dengan Datuk Ong Kim Swee yang diberi peranan sebagai pemangku
ketua jurulatih Harimau Malaya, Reuben yang beraksi di posisi bek kanan melihat
perkara itu masih terlalu awal sambil mengakui mereka berdua ada perbezaan
tersendiri.
Tambah pemain Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) ini lagi, Rajagobal telah melakukan yang termampu sebagai
jurulatih ketika bersama Harimau Malaya cuma nasib tidak bersama mereka
terutama pada kelayakan Piala Asia 2015.
Bagi saya setiap jurulatih
ada kekuatan masing-masing dan sebagai pemain, saya sedia menerima sesiapa
sahaja serta akur dengan keputusan FAM lakukan.
Memang ada perbezaan antara
mereka berdua, Kim Swee yang saya kenali adalah seorang jurulatih begitu
taktikal, sementara Rajagobal mempunyai kekuatan dari segi psikologi ke atas
pemain.
Selepas ini suasana di
latihan pasukan kebangsaan pasti sedikit berlainan bagi sebahagian besar pemain
dengan kehadiran Kim Swee sebagai jurulatih, namun bagi saya, bukan satu
masalah kerana sudah bersamanya dalam pasukan bawah 23 tahun, " katanya
ketika ditemui selepas latihan skuad Sukan SEA di Wisma FAM, semalam.
Reuben bagaimanapun berkata,
dia amat menghargai segala tunjuk ajar Rajagobal yang sentiasa menyenaraikan
namanya dalam skuad kebangsaan.
Terima kasih dengan peluang
dan kepercayaan yang diberikan, biarpun ramai tidak yakin di atas kemampuan
saya untuk berada dalam skuad kebangsaan.
Namun, banyak pengalaman yang
telah saya dapat ketika dibimbing Rajagobal, walaupun ada kalanya ada melakukan
kesilapan semasa perlawanan tetapi saya belajar daripada kesilapan untuk
menjadi pemain yang matang, " katanya.
Naib Presiden FAM, Datuk Seri
Subahan Kamal kelmarin mengumumkan keputusan yang sudah dijangka apabila tidak
melanjutkan kontrak Rajagobal selepas peluang untuk beraksi di Piala Asia 2015
semakin malap apabila sekadar memungut empat mata daripada lima perlawanan
peringkat kumpulan.
Sepanjang 2013, Malaysia hanya
menang satu daripada 20 perlawanan iaitu semasa menewaskan Yemen 2-1 pada
perlawanan kedua kelayakan Piala Asia 2015.
Sementara itu, Fadhli Shas yang
pernah bersama Rajagobal semenjak memenangi Piala Suzuki AFF 2010 tidak mahu
menjadikan ketiadaan jurulatih itu sebagai isu besar kerana sebagai pemain, dia
sedia bekerja dengan sesiapa sahaja.
Sebagai pemain, tugas kami
adalah mengikut apa yang direncanakan jurulatih dan bagi saya tiada perbezaan
ketara kerana sebelum ini saya bekerja dengan Kim Swee.
Cuma saya akui memang ada
banyak memori pahit dan manis bersama Rajagobal sepanjang bersama skuad kebangsaan,
dia memang seorang jurulatih yang banyak membantu.
Walaupun saya tidak beraksi
dalam dua perlawanan terakhir (kelayakan Piala Asia), pemain saya lihat telah
memberikan yang terbaik untuk mencatat kemenangan cuma nasib tidak begitu
menyebelahi kami, " katanya.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131126/su_01/Jangan-bandingkan-mereka#ixzz2liHsItCN
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment