Pertahanan yang Kental, Penyerang yang Tajam
Zainal Abidin Hassan merupakan salah
seorang pemain bola sepakMalaysia yang terbilang, yang
dikenali luas di rantau ini.
Bermula sebagai pemain pertahanan yang kental mengekang serangan pasukan lawan,
Zainal beralih angin kepada pemain penyerang sewaktu mewakili pasukan Pahang
dalam Piala Malaysia. Yang mengejutkan, ia lebih cemerlang dan lebih dikenali
sebagai pemain yang hebat dalam posisi itu. Selepas menamatkan kerjayanya
sebagai pemain, Zainal menjadi jurulatih dan pengurus pasukan.
LATAR BELAKANG ZAINAL ABIDIN
HASSAN
Zainal Abidin Hassan dilahirkan pada 9
November 1962 di Selangor. Bapanya berketurunan Kenya dari Afrika, dan adik-beradik
Zainal sememangnya meminati bola sepak dan bermain dengan aktif sama ada untuk
pasukan kelab, negeri Selangor atau kebangsaan. Zainal meminati sukan sejak
kecil lagi. Bermula dari darjah tiga, ia telah menceburi sukan lumba lari,
sepak takraw, dan bola sepak. Pada waktu ini tumpuannya bukanlah sepenuhnya
terhadap sukan bola sepak, sebaliknya bermain untuk semua permainan sukan. Ia
menjadikan kedua-dua abangnya, Hanafiah dan Khalid sebagai idola. Pembabitan
awal Zainaldalam sukan bola sepak tidak seindah yang dikecapi pemain lain kini.
Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa dihadapinya, terutama daripada ibu dan
kakak-kakaknya.[1]
Pada masa itu ibunya melihat dunia bola
sepak sebagai tidak mempunyai masa depan yang cerah. Tambahan pula ketika itu
bapanya telah meninggal dunia. Jadi tanggungjawab membesarkan anak-anak
terpaksa dipikul oleh ibunya seorang. Sebagai anak kesebelas daripada dua belas
adik-beradik, kakak-kakak Zainal amat prihatin terhadap kecemerlangan
akademiknya.
Semasa bersekolah di Sekolah Rendah
Janis Kebangsaan Inggeris Ialan Padang Tembak (1) Kuala Lumpur, ibu dan kakak-kakak
tidak begitu menggalakkannya aktif bersukan. Mungkin saya masih bersekolah dan
tumpuan terhadap pelajaran lebih diutamakan. Tetapi saya agak degil ketika itu,
sedikit pun tidak rnenghiraukan amaran atau larangan mereka. “Saya sanggup curi-curi
keluar dari rumah, semata-mata.ingin bermain bola sepak dengan kawan-kawan di
kampung berhampiran," kata Zainal.
Abangnya, Hanafiah Ali dan Khalid AIi
pernah mewakili Selangor dalam Piala Malaysia dan beberapa kali mewakili pasukan
kebangsaan dalam pertandingan Piala Merdeka. Namun pencapaian mereka tidaklah
segemilang Zainal yang pada zamannya dapat dikatakan merupakan bakat terbaik
negara yang dapat diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
Semasa berada dalam darjah enam ia
terpilih mewakili rumah sukan untuk acara olahraga (100 meter dan 200 meter) dan
bermain bola sepak. Kejayaan yang paling membanggakannya ialah apabila terpilih
mewakili Selangor untuk Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)
kategori bawah 12 tahun. Dalam kejohanan itu pasukannya beriaya mendapat
tempat ketiga. Semasa belajar
di Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur ia sekali lagi mewakili negara untuk
acara sepak takraw dan bola sepak untuk pasukan bawah 15 tahun. Malah
[1]
Mohd Sofi Munajir, Zainal Abidin Hassan, Pertahanan Kental, Penyerang Yang
Tajam dlm. 20 Tokoh Sukan, Medium Publication, Bandar Baru Bangi, 2009,
hlm.131.
No comments:
Post a Comment