BOLASEPAK SERTAI OLIMPIK MUNICH
1972:
Pencapaian paling gemilang dan
cemerlang yang pernah diraih oleh pasukan bolasepak Malaysia ialah bermain
dalam Sukan Olimpik di Munich, Jerman Barat pada tahun 1972.
Kejayaan yang mencatatkan rekod
dalam sejarah bolasepak itu merupakan pencapaian paling tinggi pernah diperolehi
oleh pemain-pemain bolasepak Malaysia dan buat pertama kali negara beraksi di
kejohanan yang terbesar bertaraf dunia.
Segalanya menjadi kenyataan apabila
pasukan Malaysia berjaya menjuarai kumpulan Asia Timur setelah memenangi
keempat-empat perlawanan iaitu mengalahkan Jepun 3-0, Korea Selatan 1-0, Taiwan
2-0 dan perlawanan terakhir mengalahkan Filipina 5-0.Pasukan negara pada masa
itu dilatih oleh jurulatih Scotland, Dave Mc Laren dan pengurus pasukan, Datuk
Harun Idris.
No comments:
Post a Comment