JAMILAH HAMZAH
13 Disember 2013
Annuar Musa Annuar Musa
SHAH ALAM - Selepas pelbagai kemelut melanda dirinya berhubung jawatan dalam sukan bola sepak, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan perletakkannya jawatannya daripada terus terlibat memimpin sukan yang digemari ramai itu.
Beliau yang dipetik dalam kenyataan media juga mengesahkan akan melepaskan jawatan Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Menurutnya, keputusan itu dilakukan bagi mengelakkan berlakunya keengganan FAM bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung konflik pelantikannya sebagai anggota Jawatankuasa Pembangunan Program Bolasepak Negara (JKPPBSN).
"Mengambil kira semua perkara di atas dan setelah memikirkan dengan mendalam demi kemajuan bola sepak negara, saya merasakan tidak rela diri saya dijadikan alasan terutamanya oleh FAM untuk tidak berfungsi atau menjalankan tanggunggjawabnya untuk memberikan kerjasama kepada KBS.
"Saya juga tidak rela melihat usaha kerajaan terutama menteri yang sangat murni dan penting terutama untuk melaksanakan satu ‘blueprint’ yang saya percaya akan merubah ‘DNA’ dan ‘brand’ bola sepak Malaysia terjejas, semata-mata kerana FAM tidak mahu menyertainya," katanya, hari ini.
Pada bulan lalu, konflik berhubung perlantikan Annuar menganggotai JKPPBSN mendapat kritikan hebat daripada pentadbiran FAM, bagaimanapun Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkeras mempertahankan pelantikan Annuar.
Ini kerana menurut Artikel 22 Kod Disiplin AFC berkaitan individu yang menjalani penggantungan, seseorang itu mungkin akan dilarang daripada terbabit dengan sebarang aktiviti berkaitan bola sepak merangkumi pentadbiran, sukan dan lain-lain.
Dalam pada itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, akan turut menarik diri dalam perlantikannya sebagai JKPPBSN.
"Semoga dengan tindakan saya ini segala kemelut dan kekeruhan yang berlaku antara FAM dan KBS khususnya menteri menjadi jernih, serta semua pihak akan erat berkerjasama demi kemajuan bola sepak negara.
"Bagaimanapun saya akan terus membantu bolasepak negara amnya dan bolasepak Kelantan khususnya atas sifat saya sebagai wakil rakyat dan juga seorang peminat sukan ini," katanya lagi.
SINAR HARIAN ONLINE 14.12.13
No comments:
Post a Comment